Komen Terbuka
Salam,
Anda boleh menghantar komen tentang apa sahaja berkenaan blog/forum ini. Ianya lebih merupakan komen terkini berkenaan blog.
Contohnya; Banner yang bertemakan kemerdekaan.
Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat sebarang cadangan penambahbaikan blog/forum, anda boleh menghantar komen anda di sini Cadangan.
Pentadbir Blog
Wassalam
Lawatan ke Sabah Siri 1
Rancangan lawatan ke Kota Kinabalu, Sabah oleh Kelab Badminton (KB) telah dirancang sejak awal lagi. Idea lawatan ini dikemukakan oleh bekas Pengerusi KB, iaitu Encik Jamaluddin. Atas usaha beliau dan ahli kelab badminton, akhirnya lawatan ke Kota Kinabalu telah terlaksana pada 28-31 Julai 2010 (Rabu- Sabtu) yang lalu.
- 28 Julai 2010 (Rabu)
Semua ahli kelab berkumpul di lobi DBP KL pada jam 9.30 pagi. Rata-rata membawa beg ringan yang masih ada ruang untuk penyimpanan barang hehehe. Semua ahli sedang menanti di tepi bas sebelum bertolak…
Kami tiba di Lapangan Terbang Air Asia (LCCT) pada jam 10.55 pagi. Semua terus berkumpul untuk daftar masuk. Alhamdulilah, urusan di kaunter berjalan dengan lancar.
Sebaik selesai pendaftaran, kami “dibebaskan” untuk mengisi perut masing-masing. Maklumlah perjalanan ke KK mengambil masa lebih dua jam. Ini antara menu yang berjaya disedut oleh perut peserta wanita KB.
Kira-kira jam 12.00 tengah hari, kami melalui pemeriksaan imigresen, sempatlah kami bergambar untuk kenang-kenangan. Ini gambar ahli KB untuk penerbangan pertama yang bertolak jam 12.50 tgh hari. Penerbangan kedua jam 2.10 petang yang diketuai oleh En. Jamal, Azizul dan keluarganya.
Sementara menunggu dipanggil masuk ke dalam kapal terbang…
Bila dah masuk dalam “perut” kapal terbang, semua ahli KB mengambil posisi masing-masing. Apa lagi… tido lah hehehe. Aksi “menyeramkan” akan dihantar ke e-mel masing-masing ek hehe
bersambung
Terima kasih kepada mereka yang mengambil foto-foto di atas.
Wassalam
PROGRAM BULANAN BACAAN YASIN, TAHLIL DAN SOLAT HAJAT

PROGRAM BULANAN
BACAAN YASIN, TAHLIL DAN SOLAT HAJAT
ANJURAN
BIRO AGAMA, BADAN KELUARGA DBP
DENGAN KERJASAMA
SURAU AL-HUKAMA’ DBP
TARIKH : 15 JULAI 2010/3 SYAABAN 1431 (KHAMIS)
MASA : 1.00 – 2.00 PETANG
TEMPAT : SURAU AL-HUKAMA’, TINGKAT 5, MENARA DBP
SEMUA WARGA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA DIJEMPUT HADIR
UNTUK MENJAYAKAN PROGRAM INI.
SEMOGA KEHADIRAN TUAN/PUAN DIRAHMATI ALLAH SWT.
PERTANYAAN DAN HAJAT, SILA HUBUNGI
ENCIK SABARRUDDIN bIN HASHIM 03 21483135 DAN PUAN SERI BANON BINTI MD. KASIM 03 21481154
Malam Sekalung Seni
Assalamualaikum,
Biro Kebudayaan BKDBP akan menganjurkan Malam Sekalung Seni DBP 2010. Butiran acara adalah seperti berikut:
Syarat penyertaan disertakan dalam borang penyertaan. Anda boleh memuat turun borang penyertaan di bawah: (klik kanan dan “Save As“).
Yuran penyertaan:
Teater Muzikal = RM 50
Nyanyian Irama Retro = RM 20
Borang Pertandingan Nyanyian Irama Retro
Borang Pertandingan Teater Muzikal
Sekian, Wassalam.
Reezaq Canopy
Undang-undang Kecil BKDBP
Salam buat semua,
Disertakan Undang-undang Kecil BKDBP (Pindaan 5 Mei 2010) untuk rujukan tuan/puan.
Untuk muat turun, klik kanan dan “save as”

Sekian, wassalam.
Beijing-Tianjin “Muslim Ski Tour” (4 hingga 6 November 2010)
6H5M BEIJING – TIANJIN “MUSLIM SKI TOUR”
(4 – 9 November 2010)
Hari Pertama: Beijing
- tiba di Beijing waktu pagi dan daftar masuk hotel.
- melawat SUMMER PALACE (Taman Diraja terbesar di negara China).
- melawat MASJID MA DIAN (masjid berusia lebih daripada 100 tahun).
- membeli-belah di FRESH WATER PEARL SHOWROOM.
- makan malam dan persembahan Akrobatik.
Hari Kedua: Beijing
- melawat TEMBOK BESAR CHINA ( salah satu daripada 7 keajaiban di dunia).
- membeli-belah di KEDAI JED DAN KRISTAL.
- melawat BURNING CREAM CENTRE.
Hari Ketiga Rose Valley Resort, Beijing
- meluncur salji di ROSE VALLEY RESORT.
- melawat MASJID NAN DOU YA (Masjid Dinasti Ming yang terkenal).
- melawat DATARAN TIAN AN MEN (dataran yang terbesar di dunia).
- melawat KOTA LARANGAN (Kompleks Istana Diraja).
- makan malam di restoran popular XIN JIANG MUSLIM RESTAURANT
- membeli-belah di WANG FU JING SHOPPING STREET dan NIGHT FOOD MARKET
Hari Keempat: Beijing
- membeli-belah di GEDUNG SUTERA (gedung sutera yang terkenal).
- melawat MASJID NIUJIE (masjid yang tertua).
- membeli-belah di PASAR RAYA MUSLIM (satu-satunya di Beijing).
- upacara minum teh di TEA HOUSE.
- membeli-belah di PASAR TIAN YA HONG QIAO dan YASHOW (bazar tempatan yang
terkenal).
- membeli-belah di KEDAI CENDERAMATA HARD ROCK CAFÉ.
Hari Kelima: Beijing – Tianjin
- melawat DAERAH TIANJIN (130 km tenggara Beijing dan kini terkenal sebagai Pusat
Perniagaan dan Perkilangan).
- melawat THE GREAT MOSQUE OF TIANJIN (masjid terkenal di daerah Tianjin)
- melawat FOOD STREET dan CULTURE STREET (dibina pada zaman Dinasti Ming).
Hari Keenam: Beijing – KL
- melawat OLYMPIC STADIUMS.
- membeli-belah di OLYMPIC SPONSOR JEWELRY CITY dan SUNNY GOLD STREET.
- balik ke Kuala Lumpur, Malaysia.
# Pakej percutian ialah RM2,300.00 seorang. Bayaran deposit sebanyak RM500.00 dikenakan, manakala bakinya berjumlah RM1,800.00 boleh dibayar sama ada secara tunai ataupun potongan gaji (RM300.00 x 6 bln); mula dari bulan Mei – Oktober 2010). Bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah dikenakan bayaran sebanyak 85% daripada harga pakej berkenaan (RM2,300.00).
# Pakej percutian termasuk tiket penerbangan (M.A.S) pergi-balik, penginapan, pengangkutan, makan minum dan visa.
# Bulan November adalah musim salji di Beijing, China maka pakaian sejuk boleh dibeli di sana dengan harga yang murah.
# Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Encik Haiwood Missin (3240), Encik Arman Halim (3067) atau Encik Fakhrul Radhi (3186).
Buku Mesyuarat Agung Tahunan BKDBP
PERHATIAN
Buku Mesyuarat Agung Tahunan BKDBP ke-40 boleh dimuat turun di sini. (Klik kanan dan tekan “Save As“)



















Komen Terkini